Pages

Featured Posts

Wednesday, 27 July 2011

Dagging dan Cheese Tart..

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera untuk semua dan keluarga .
Atas permintaan anak-anak di rumah saya perturunkan di sini resepi tart yang saya gunakan selalu. Harap ianya berhasil dan sedap di makan...Insyaallah.
Tart yang sudah di fill dengan inti dagging & cheese.
 Cara membuat Tart Crust/Shell:
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak. (Lihat Gambar di bawah)
Tart crust/shell siap sedai untuk di-bakar.  
  • Bahan Inti:
  • 。 2 cawan daging  (cincang halus atau beli je daging kisar)
  • 。 3-4 biji ubi kentang dipotong dadu 1cmX1cm 
  • 。 sedikit lobak merah (jika suka)
  • 。 sedikit daun sup (dikerat halus) dan daun bawang / kucai (dikerat 1 inci panjang)
  • 。 3-4 biji cili api dicincang halus (jika mahu pedas)
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 。 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 。 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 。  garam secukup rasa
  • 。  air secukupnya

Cara-cara:

  1. rebus daging bersama rempah sehingga masak (masukkan air sehingga daging tenggelam. air jangan banyak supaya mudah kering).
  2. masukkan ubi kentang dan bahan-bahan inti yang lain. masak sehingga kering dan dibiarkan sejuk.
  3. setelah inti sejuk, bolehlah, diletakkan inti (filling) ke-dalam tart shell kamudian tabur kan cheese di-atas filling tart .
  Ingat ya..isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
Selamat mencuba.

Monday, 18 July 2011

Pie Kari Ayam Hari Minggu.

Doh Pie
Pie yang sudah di-goreng
Inti Pie Kari Ayam
Menu untuk akak dan keluarga bersarapan pagi 'Pie Kari Ayam'..akak buat simple sahaja ala-ala curry puff gitu atau paling mudah akak buat cara kampong . Boleh kata kalau ada masa lapang di hujung minggu akak akan buat pie.Mana-mana lauk leftover semalam akak buat pie saja.Macam kalau ada kari ayam kah,sardine pun boleh kita jadi kan inti.Selalu akak buat meat pie atau tuna pie.Akak tidak guna pie pastry sebab tu lah akak kata ala kari puff...
Bahan-bahan untuk inti: Mana-mana lauk leftover semalam saperti 'Kari Ayam' .
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
Selamat mencuba...............

Friday, 15 July 2011

Menjelang Ramadhan dan Syawal 1432H/2011.

Kedai KKK India Street Kuching.
Pejam celik pejam celik, masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita. Kurang dua minggu lagi kita akan menjalankan ibadah rukun Islam ketiga iaitu Puasa.Banyak perkara yang boleh kita diskusikan berkenaan puasa. Antaranya ialah persiapan berbuka, bazar ramadhan, menu sahur, persiapan raya, sales dan 1001 macam perkara lazim yang berkaitan.Bagi akak ..ya sekadar serdahana sahaja.
Mungkin kita alpa dan leka, kedatangan bulan Ramadhan adalah seperti bulan-bulan biasa, tidak diendahkan bahkan ada yang merasakan kedatangannya memeritkan kerana terpaksa menahan diri dari lapar dan dahaga.
Anehnya wahai kawan akak, belum bermula Ramadhan sudah berkira-kira untuk membuat persediaan menyambut Syawal. Langsir sudah ditempah, rumah mungkin sudah dicat baru, perabot diganti baru. Tidak ketinggalan mereka yang sudah berkira-kira menerima tempahan kuih raya. Media elektronik pula sibuk dengan persediaan drama syawal, dan rakaman lagu sempena hari raya.  Alangkah bertuahnya sekiranya  persiapan yang sebegini rapi kita  lakukan sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nantikan.
Bercerita perihal persediaan kueh raya kita semestinya akan membeli apa yang wajib untuk membuat kueh saperti tempung.perwarna etc.etc...Akak selalu nyy membeli barangan untuk membuat kueh di kedai kawasan India Street(Kuching).Kedai KHIN KUEH KHIONG (KKK) gambar di atas.
Akak selalu nya akan ke-sana awal sekitar jam 8 pagi sebab KKK terlalu banyak pelangan dan memang akan berlaku kesesakan di dalam kedai KKK kerna tempat nya terhad...

Ingat ya...bag/dompet duit kena AWAS.!!!! ini masa nya si peragut mencari mangsa.

Wednesday, 13 July 2011

Kek Sarawak-Kek Kukus Pileh Kasih

Kek Pileh Kasih.

KEK PILEH KASIH

Bahan-bahannya :-

16 oz mentega
10 biji telur
1 tin kecil kaya
1 botol kecil horlick
½ tin susu manis
½ kg lengak/ bijan (digoreng tanpa minyak)
1 sudu teh vanila
2 ½ gelas kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
1 ½ gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung biskut marie
6 sudu makan milo
3 sudu teh browning

Cara Membuatnya :-

Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Kacau rata.Susu, kaya, horlick, milo digaul sampai rata dan sebati di tempat lain dan masukkannya ke dalam adunan telur tadi. Masukkan vanila, browning, lengak, kacang, tepung biskut dan tepung gandum. Kacau rata dan sebati. Kukus sehingga masak.

Tuesday, 12 July 2011

Kek Sarawak bukan Kek Lapis Sarawak.

Akak terpanggil untuk memaparkan perihal kek sarawak dan kek lapis sarawak. Umum sedia maklum bahawa negeri Sarawak sememangnya terkenal dengan produk kek lapis yang pelbagai corak, beraneka warna dan berlainan rasa.Akan tetapi masyarakat di luar negeri Sarawak tidak ramai yang mengetahui sebelum kemunculan revolusi baru iaitu pembuatan kek lapis Sarawak.Sebenarnya negeri Sarawak terkenal dengan pembuatan kek biasa yang tidak berlapis.Akak pasti orang Sarawak yang sebaya dengan akak masih ingat sik..mejelang Hari Raya.sekitar 60's.70's wow!!! macam pesta kek di-atas meja panjang yg di-sedia khas untuk tetamu baik yang di undang atau yang tidak di undang di Hari Raya..Itu lah istemewa nya Hari Raya zaman emak dan nenek kita dahulu.
Kalau ada pun yang berlapis, tidaklah menyamai kek lapis yang ada sekarang yang
bercorak lapis halus dengan motif corak yang pelbagai seperti corak bunga, ketupat, baju (sekadar menyebut beberapa jenis corak). Kalau di Sarawak biasa disebut kek plain sahaja atau penggunaan satu warna sahaja ataupun bercorak lapis paling tidak pun 2 - 3 lapis yang tebal sahaja.
Berbalik kepada kek biasa Sarawak yang merujuk kepada kek yang tidak berlapis merupakan kek asas kepada pembuatan kek lapis Sarawak yang ada sekarang .Sekadar menyebut beberapa nama kek biasa (resipi lama) seperti Kek Pileh Kaseh, Kek Rampai Payong, Kek Sarang Lebah, Kek Sharifah Aini, Kek Lapisan Bumi, Kek Mata Hantu, Kek Sabok Tun Razak, Kek Dewan Parlimen dan banyak lagi yang mengundang 1001 macam rasa pegun terutamanya apabila kita melihat daripada segi bentuk dan warnanya sahaja, belum lagi menikmati keenakkannya.
Apa yang istimewanya kek Sarawak ialah penggunaan mentega jenama Golden Churn (16oz) dalam tin yang sudah digunakan oleh masyarakat Sarawak sejak hamnpir 3 dekad yang lalu! Selain itu, 4 elemen utama dalam pembuatan kek Sarawak ialah penggunaan horlick, milo, srikaya dan susu manis yang menjadikan kek Sarawak lebih padat (dalam istilah lain - berisi, tidak terasa seperti kapas)dan lazat, di samping penggunaan bahan lain (pelbagai jenis jem, tepung roti,biskut,tepung aiskrim) dan perisa (peppermint,pandan,keladi)juga buah-buahan (prune,red dates,sultana,kismis.
Itu cuma sebahagian bahan-bahan yang digunakan, belum lagi termasuk cara penyediaan dan langkah memasaknya yang unik. Juga, penggunaan loyang yang sama sekali tidak sama dengan apa yang terdapat di semenanjung. Selain itu, banyak bahan yang digunakan dalam pembuatan kek sarawak tidak ditemui di semenanjung seperti gravy browning, pandan paste dan mentega golden churn 16oz. Apapun kita masih boleh menggunakan kreativiti dengan menggantikan bahan yang seakan sama dan boleh diguna pakai untuk menghasilkan kek yang pastinya tidak akan mengecewakan.Baik lah..di bawah akak ada sedia kan resepi serta gambar 'Kek Sarawak(resepi lama)'.
  
Kek SriKaya Tebal
Bahan-bahannya :-

10 biji telur
3 botol kecil pandan paste
1 tin susu manis
1 botol horlick
2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
16 oz mentega
1 tin srikaya

Cara Membuatnya :-

Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masyukkan kaya, susu, horlick, pandan paste dan tepung gandum. Gaulkan hingga rata. Masukkan telur satu persatu. Gaulkan lagi sehingga rata dan sebati. Kukus adunan sampai masak.
 Pembuatan kek kukus ni ialah persoalan tentang berapa lama sesuatu kek itu boleh bertahan.
Untuk menjawab persoalan itu, akak  kongsikan beberapa tip berikut :

a. lebihkan waktu mengukus dengan mengecilkan api.sebagai contoh sebiji kek mungkin
ada anggaran masa untuk mengukus selama 1 setengah jam, boleh dilanjutkan sehingga dua jam.
b. pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan dan dibungkus
menggunakan aluminium foil dan disimpan di dalam peti sejuk. pastikan juga pisau memotong bersih dan kering.
c. selepas mengukus, bolehlah dibakar sekejap di dalam oven selama 10 - 15 minit bergantung keadaan kek. ini adalah untuk mereka yang tidak menggemari moist cake yang agak berminyak dan basah.
d. mutu ketahanan kek pada kebiasaannya bergantung pada bahan yang digunakan untuk membuat kek tersebut. Kek kukus yang berasaskan buah-buahan (kismis, dates, prune, sultana, dsbgnya) biasanya akan tahan lebih lama berbanding kek biasa yang tidak menggunakan buah-buahan.
Selamat mencuba dan akak akan kongsi banyak lagi kek berasas kan resepi lama atau kek yang di kukus(kek kukus).
Terima Kasih.

Mengenali Jenis-Jenis Tepung.

Tepung merupakan bahan yang wajib ada dalam pembuatan kek mahupun biskut.Untuk menghasilkan kek atau biskut yang dapat memuaskan hati,kita perlu memastikan pengunaan tepung yang betul.Selain tepung serbaguna dan tepung naik sendiri,lain-lain jenis tepung yang biasa kita gunakan adalah tepung kastad,tepung jagung,tepung ubi.tepung beras,tepung pulut,tepung susu dan pelbagai lagi,tak kira lah apa jenama.Baik lah info di bawah akak anggap sangat berguna bagi membantu kita menentukan jenis tepung yang sesuai untuk kita mencuba mambuat kek dan biskut.
Tepung Cake (Cake Flour)
Tergolong dalam tepung berprotien rendah,tepung kek tidak banyak bezanya dengan tepung superfine.Ia mempunyai tekstur yang halus seperti self-raising flour,tetapi tiada bahan penaik di-dalam nya.Sesuai untuk membuat pelbagai jenis kek dan pastri.
Tepung Hong Kong (Water Lily Flour)
 Tepung Hong Kong atau di-kenali sebagai 'Water Lily flour' iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan sering digunakan untuk membuat 'PAU'.Ia juga sesuai untuk kek lapis dan menjadikan kek lembut.Namun is agak sukar didapati lantaran mudah rosak lebih jelas lagi tidak tahan di simpan terlalu lama walaupun kita simpan di-dalam peti sejuk.Ia sama ada berkutu atau berkulat.

Tepung naik sendiri juga dikenali sebagai flour with added raising agent.Tepung ini adalah sejenis tepung kek dan mempunyai kandungan serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam kadar yang tertentu.Jika kita  menggunakan tepung ini untuk membuat kek,kita tidak perlu menambah serbuk penaik dalam resepi kita.Tepung ini juga mudah didapati di-pasaran.
Tepung Sponge Mix
Boleh digunakan untuk menggantikan tepung gandum,tepung optima dan serbuk penaik.Ia mempunyai banyak perisa seperti coklat,pandan.strawberi,oren,vanilla dan sebagainya.
Tepung Hoen Kwee
Tepung ini diperbuat dari sejenis kacang dan sering digunakan untuk membuat kuih-kuih terutamanya di-Seberang (Indonesia).Ia boleh didapati dalam peket-peket kecil seberat 85gm dan terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning,putih,hijau dan merah.Jadi gunakanlah mengikut kesesuaian kita.
.Tepung Gandum Serbaguna.
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
Tepung Berprotien Tinggi.

Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
Tepung Kastad.
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. You all's boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
Tepung Optima
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.


Sebelum akak berkongsi resepi kek akak. Akak ingat lebih baik kita berkanalan dulu dengan jenis-jenis tepung yang sesuai dengan kek yang akak kongsi nanti..Akak harap sehabat dan ahli keluarga sekelian sesudah berkenalan dengan jenis tepung yang akak kongsi di-atas serta gambar,dapat memudah kan kita membuat kek dan biskut yang sempurna dan sedap..
Sekian Terima Kasih..jumpa lagi...'Asalamualaikum ' dan Salam 1Malaysia.