Kalau ada pun yang berlapis, tidaklah menyamai kek lapis yang ada sekarang yang
bercorak lapis halus dengan motif corak yang pelbagai seperti corak bunga, ketupat, baju (sekadar menyebut beberapa jenis corak). Kalau di Sarawak biasa disebut kek plain sahaja atau penggunaan satu warna sahaja ataupun bercorak lapis paling tidak pun 2 - 3 lapis yang tebal sahaja.
Berbalik kepada kek biasa Sarawak yang merujuk kepada kek yang tidak berlapis merupakan kek asas kepada pembuatan kek lapis Sarawak yang ada sekarang .Sekadar menyebut beberapa nama kek biasa (resipi lama) seperti Kek Pileh Kaseh, Kek Rampai Payong, Kek Sarang Lebah, Kek Sharifah Aini, Kek Lapisan Bumi, Kek Mata Hantu, Kek Sabok Tun Razak, Kek Dewan Parlimen dan banyak lagi yang mengundang 1001 macam rasa pegun terutamanya apabila kita melihat daripada segi bentuk dan warnanya sahaja, belum lagi menikmati keenakkannya.
Apa yang istimewanya kek Sarawak ialah penggunaan mentega jenama Golden Churn (16oz) dalam tin yang sudah digunakan oleh masyarakat Sarawak sejak hamnpir 3 dekad yang lalu! Selain itu, 4 elemen utama dalam pembuatan kek Sarawak ialah penggunaan horlick, milo, srikaya dan susu manis yang menjadikan kek Sarawak lebih padat (dalam istilah lain - berisi, tidak terasa seperti kapas)dan lazat, di samping penggunaan bahan lain (pelbagai jenis jem, tepung roti,biskut,tepung aiskrim) dan perisa (peppermint,pandan,keladi)juga buah-buahan (prune,red dates,sultana,kismis.
Itu cuma sebahagian bahan-bahan yang digunakan, belum lagi termasuk cara penyediaan dan langkah memasaknya yang unik. Juga, penggunaan loyang yang sama sekali tidak sama dengan apa yang terdapat di semenanjung. Selain itu, banyak bahan yang digunakan dalam pembuatan kek sarawak tidak ditemui di semenanjung seperti gravy browning, pandan paste dan mentega golden churn 16oz. Apapun kita masih boleh menggunakan kreativiti dengan menggantikan bahan yang seakan sama dan boleh diguna pakai untuk menghasilkan kek yang pastinya tidak akan mengecewakan.Baik lah..di bawah akak ada sedia kan resepi serta gambar 'Kek Sarawak(resepi lama)'.
Kek SriKaya Tebal |
10 biji telur
3 botol kecil pandan paste
1 tin susu manis
1 botol horlick
2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
16 oz mentega
1 tin srikaya
Cara Membuatnya :-
Mentega dan gula dipukul sampai kembang. Masyukkan kaya, susu, horlick, pandan paste dan tepung gandum. Gaulkan hingga rata. Masukkan telur satu persatu. Gaulkan lagi sehingga rata dan sebati. Kukus adunan sampai masak.
Pembuatan kek kukus ni ialah persoalan tentang berapa lama sesuatu kek itu boleh bertahan.
Untuk menjawab persoalan itu, akak kongsikan beberapa tip berikut :
a. lebihkan waktu mengukus dengan mengecilkan api.sebagai contoh sebiji kek mungkin
ada anggaran masa untuk mengukus selama 1 setengah jam, boleh dilanjutkan sehingga dua jam.
b. pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan dan dibungkus
menggunakan aluminium foil dan disimpan di dalam peti sejuk. pastikan juga pisau memotong bersih dan kering.
c. selepas mengukus, bolehlah dibakar sekejap di dalam oven selama 10 - 15 minit bergantung keadaan kek. ini adalah untuk mereka yang tidak menggemari moist cake yang agak berminyak dan basah.
d. mutu ketahanan kek pada kebiasaannya bergantung pada bahan yang digunakan untuk membuat kek tersebut. Kek kukus yang berasaskan buah-buahan (kismis, dates, prune, sultana, dsbgnya) biasanya akan tahan lebih lama berbanding kek biasa yang tidak menggunakan buah-buahan.
Selamat mencuba dan akak akan kongsi banyak lagi kek berasas kan resepi lama atau kek yang di kukus(kek kukus).
Terima Kasih.
1 comments:
Assalam kak...kitak ada resepi kek lapis yang ada campor tepong honk kwe kah?
Post a Comment